Industri Hospitaliti Islam

Pendahuluan

Umat Islam diperkenalkan industri hospitaliti pada hal hospitaliti Islam telah diajarkan oleh baginda Rasul s.a.w. Namun begitu kita lebih menerima industri hospitaliti dari Barat. Mahu tak mahu umat Islam terpaksa akur dengan perkembangan ini.

Untuk mengatasi masalah penginapan umat Islam yang datang melancong dari luar negara maka industri hospitaliti Islam diwujudkan dengan membina hotel atau motel yang berkonsepkan syariah seperti menyediakan bilik mandi yang tertutup, ruang sukan yang tertutup, bilik-bilik tidur yang disediakan peralatan untuk mengerjakan solat dan sebagainya. Kesemua ini memerlukan modal. Maka mereka sebagai tetamu dikenakan bayaran yang berpatutan untuk menginap.

Industri hospitaliti Islam amat berbeza dari insustri hospitaliti Barat yang lebih menekankan kepada keuntungan kebendaan semata-mata tanpa mengambil perhatian kepada peraturan syariat seperti menutup aurat, tidak ada unsur judi dan arak, tidak ada unsur yang melekakan seperti muzik dan nanyian.

Penekanan Industri hospitaliti Islam ialah memberi keselesaan kepada tetamu dan semua yang mereka nikmati itu bukanlah percuma tetapi memerlukan bayaran untuk menanggong kos pengurusan namun begitu apa yang lebih penting ialah mereka memperolehi keselesaan berada dalam tempat penginapan yang disediakan.

Umat Islam digalakkan mendirikan lebih banyak hotel dan motel untuk menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam atau yang bukan Islam untuk berkunjung ke pusat-pusat pelancongan. Mereka dilayan dengan baik berdasarkan kepada syariah Islam. Jika mereka dilayan dengan kaedah Islam di sinilah mereka akan melihat keindahan Islam. Semoga dengan berjinak-jinak dengan budaya Islam ini akan menarik lebih ramai masyarakat yang bukan Islam mempelajari keindahan Islam dan ada kemungkinan mereka dapat menikmati Islam di dunia dan di akhirat.

Untuk mengajak umat yang bukan Islam kepada menganut Islam amat sukar tetapi apabila mereka sendiri melihat kebaikan Islam, akan terpanggil hati mereka mendekati Islam. Tidak perlu kepada penerangan yang panjang leber sebaliknya mereka sendiri yang ingin memepelajari Islam dengan lebih mendalam. Lebih-lebih lagi zaman ini semua pengetahuan berada di hujung jari. Melayari internet boleh mendapatkan berbagai-bagai maklumat tentang ajaran Islam yang sebenar.

Hospitaliti Islam

  • Hospitaliti
Ertinya melayani tetamu.
  • Hospitaliti Islam
Ertinya melayani tetamu berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Hospitaliti Rasulullah s.a.w.
Ertinya kaedah Rasulullah s.a.w. melayani tetamu seperti yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.
  • Hospitaliti Barat
Ertinya melayani tetamu kerana mencari keuntungan wang ringgit.
  • Pembahagian Hospitaliti
1. Mencari keuntungan (hospitaliti Barat)
2. Mencari pahala (hostpitalaiti Islam)
  • Skop hospitaliti
1. Teknik menyambut tetamu
2. Melayani tetamu di dalam rumah
3. Teknik menghantar tetamu pulang
  • Hubungan hospitaliti
1. Hubungan dengan keluarga
2. Hubungan dengan jiran
3. Hubungan dengan masyarakat
4. Hubungan antarabangsa
  • Kesan hospitaliti Islam
1. Pahalan dari Allah s.w.t.
2. Hubungan persaudaraan
3. Kasih sayang sesama insan
4. Kualiti dalam kehidupan
5. Bertolak ansur sesama insan
6. Semangat dalam masyarakat
7. Tidak terlalu tamak kepada kebendaan
  • Kesan tidak mengamalkan hospitaliti Islam
1. Tamak
2. Mementingkan diri sendiri
3. Kepura-puraan / munafik
4. Riya'
5. Hubungan yang renggang sesama insan
6. Tidak ada rasa kasih sayang sesama insan
  • Kesimpulan
Hospitaliti Islam bermula dari lahirnya Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. Semasa itu baginda hanya mengajar manusia supaya menghormati tetamu. Apabila dunia sudah berkembang maka manusia telah memperdagangkan industri menghormati tetamu ini dengan sebutan industri hospitaliti.