Ringkasan Hospitaliti Islam

PENGURUSAN HOSPITALITI ISLAM

Bab – 1
PENGENALAN

01. Hospitaliti di zaman Rasulullah s.a.w.
02. Hospitaliti di dalam al Quran
03. Rasul s.a.w. dalam melayani tetamu
04. Hospitaliti kalangan sahabat
05. Budaya Islam dalam hospitaliti
06. Penerapan hospitaliti Islam dalam kehidupan
07. Masalah hospitaliti masa kini dan penyelesaiannya
08. Penutup

Bab – 2
KONSEP HOSPITALTI ISLAM

01. Pengertian Islam
02. Konsep hospitaliti Islam
03. Pandangan al Quran terhadap hospitaliti
04. Anjuran al Hadith dalam hospitaliti
05. Penerapan hospitaliti dalam kalangan sahabat Rasul s.a.w.
06. Ciri-ciri hospitaliti Islam
07. Nilai-nilai hospitaliti Islam
08. Islam membentuk budaya hospitaliti
09. Kesimpulan

Bab – 3
HOSPITALITI MENURUT AL QURAN

01. Hospitaliti Nabi Ibrahim
02. Hospitaliti Nabi Yusuf
03. Hospitaliti Nabi Muhammad s.a.w.
04. Sifat positif dalam hospitaliti
05. Sifat negatif dalam hospitaliti
06. Ganjaran mereka yang baik dalam hospitaliti
07. Balasan mereka yang berhospitaliti buruk
08. Kesimpulan

Bab – 4
HOSPITALITI MENURUT AL HADITH

01. Hospitaliti Rasulullah s.a.w.
02. Anjuran melayani tetamu dengan baik
03. Sejarah hospitaliti Rasul s.a.w.
04. Sejarah hospitaliti para sahabat Rasul s.a.w.
05. Sejarah hospitaliti para tabiin
06. Objektif hospitaliti menurut Rasul s.a.w.
07. Ganjaran mereka yang mengamalkan hospitaliti
08. Hospitaliti positif di zaman Rasul s.a.w.
09. Hospitaliti negatif di zaman Rasul s.a.w.
10. Kesimpulan

Bab – 5
CIRI-CIRI HOSPITALTI ISLAM

01. Bermuka manis
02. Berjabat tangan
03. Berpelukan
04. Mengucapkan salam
05. Cara mengucapkan salam
06. Menyediakan tempat duduk
07. Menyediakan tempat tinggal
08. Penyedian makanan
09. Layanan mesra
10. Layanan dalam perkataan
11. Kesimpulan

Bab – 6
NILAI-NILAI HOSPITALITI ISLAM
01. Nilai akidah dalam hospitaliti
02. Nilai akhlak dalam hospitaliti
03. Nilai syariah dalam hospitaliti
04. Nilai ibadah dalam hospitaliti
05. Kesimpulan

Bab – 7
PENGURUSAN HOSPITALITI ISLAM
01. Pengurusan persedian menyambut tetamu
02. Pengurusan semasa menyambut tetamu
03. Pengurusan melayani tetamu
04. Pengurusan penyediaan keperluan
05. Pengurusan penyediaan perkhidmatan
06. Pengurusan kepulangan tetamu
07. Kesimpulan

Bab – 8
INDUSTRI HOSPITALITI KONVENSIONAL
01. Perhotelan
02. Motel
03. Homestay
04. Restoren
05. Pusat peranginan
06. Pusat rekreasi
07. Kaunter pejabat
08. Hospital
09. Klinik
10. Kesimpulan

Bab – 9
INDUSTRI HOSPITALITI ISLAM
01. Mengutamakan akidah Islam dalam hospitaliti
02. Mengutamakan syariat Islam dalam hospitaliti
03. Mengutamakan akhlak Islam dalam hospitaliti
04. Tatacara menyambut tetamu
05. Tatacara melayani tetamu
06. Tatacara mengakhiri pertemuan
07. Kesimpulan

Bab – 10
PENUTUP
01. Hospitaliti Islam bersifat percuma dan ikhlas
02. Hospitaliti Barat mengutamakan nilai kebendaan
03. Industri hospitaliti Islam tidak menindas
04. Industri hospitaliti Islam bersifat tolong menolong
05. Industri hospitaliti Islma tidak mementingkan keuntungan semata-mata
06. Kesimpulan

Industri Hospitaliti Islam

Pendahuluan

Umat Islam diperkenalkan industri hospitaliti pada hal hospitaliti Islam telah diajarkan oleh baginda Rasul s.a.w. Namun begitu kita lebih menerima industri hospitaliti dari Barat. Mahu tak mahu umat Islam terpaksa akur dengan perkembangan ini.

Untuk mengatasi masalah penginapan umat Islam yang datang melancong dari luar negara maka industri hospitaliti Islam diwujudkan dengan membina hotel atau motel yang berkonsepkan syariah seperti menyediakan bilik mandi yang tertutup, ruang sukan yang tertutup, bilik-bilik tidur yang disediakan peralatan untuk mengerjakan solat dan sebagainya. Kesemua ini memerlukan modal. Maka mereka sebagai tetamu dikenakan bayaran yang berpatutan untuk menginap.

Industri hospitaliti Islam amat berbeza dari insustri hospitaliti Barat yang lebih menekankan kepada keuntungan kebendaan semata-mata tanpa mengambil perhatian kepada peraturan syariat seperti menutup aurat, tidak ada unsur judi dan arak, tidak ada unsur yang melekakan seperti muzik dan nanyian.

Penekanan Industri hospitaliti Islam ialah memberi keselesaan kepada tetamu dan semua yang mereka nikmati itu bukanlah percuma tetapi memerlukan bayaran untuk menanggong kos pengurusan namun begitu apa yang lebih penting ialah mereka memperolehi keselesaan berada dalam tempat penginapan yang disediakan.

Umat Islam digalakkan mendirikan lebih banyak hotel dan motel untuk menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam atau yang bukan Islam untuk berkunjung ke pusat-pusat pelancongan. Mereka dilayan dengan baik berdasarkan kepada syariah Islam. Jika mereka dilayan dengan kaedah Islam di sinilah mereka akan melihat keindahan Islam. Semoga dengan berjinak-jinak dengan budaya Islam ini akan menarik lebih ramai masyarakat yang bukan Islam mempelajari keindahan Islam dan ada kemungkinan mereka dapat menikmati Islam di dunia dan di akhirat.

Untuk mengajak umat yang bukan Islam kepada menganut Islam amat sukar tetapi apabila mereka sendiri melihat kebaikan Islam, akan terpanggil hati mereka mendekati Islam. Tidak perlu kepada penerangan yang panjang leber sebaliknya mereka sendiri yang ingin memepelajari Islam dengan lebih mendalam. Lebih-lebih lagi zaman ini semua pengetahuan berada di hujung jari. Melayari internet boleh mendapatkan berbagai-bagai maklumat tentang ajaran Islam yang sebenar.

Hospitaliti Islam

  • Hospitaliti
Ertinya melayani tetamu.
  • Hospitaliti Islam
Ertinya melayani tetamu berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Hospitaliti Rasulullah s.a.w.
Ertinya kaedah Rasulullah s.a.w. melayani tetamu seperti yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.
  • Hospitaliti Barat
Ertinya melayani tetamu kerana mencari keuntungan wang ringgit.
  • Pembahagian Hospitaliti
1. Mencari keuntungan (hospitaliti Barat)
2. Mencari pahala (hostpitalaiti Islam)
  • Skop hospitaliti
1. Teknik menyambut tetamu
2. Melayani tetamu di dalam rumah
3. Teknik menghantar tetamu pulang
  • Hubungan hospitaliti
1. Hubungan dengan keluarga
2. Hubungan dengan jiran
3. Hubungan dengan masyarakat
4. Hubungan antarabangsa
  • Kesan hospitaliti Islam
1. Pahalan dari Allah s.w.t.
2. Hubungan persaudaraan
3. Kasih sayang sesama insan
4. Kualiti dalam kehidupan
5. Bertolak ansur sesama insan
6. Semangat dalam masyarakat
7. Tidak terlalu tamak kepada kebendaan
  • Kesan tidak mengamalkan hospitaliti Islam
1. Tamak
2. Mementingkan diri sendiri
3. Kepura-puraan / munafik
4. Riya'
5. Hubungan yang renggang sesama insan
6. Tidak ada rasa kasih sayang sesama insan
  • Kesimpulan
Hospitaliti Islam bermula dari lahirnya Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. Semasa itu baginda hanya mengajar manusia supaya menghormati tetamu. Apabila dunia sudah berkembang maka manusia telah memperdagangkan industri menghormati tetamu ini dengan sebutan industri hospitaliti.